Thursday, August 21, 2014

Soalan-soalan yang femes

Haro haro!

Dalam dunia ni bukan kita sorang ja yang beruntung. Tak ada siapa pun rugi
Orang lain pun beruntung juga tapi keuntungan tu mungkin la dari banyak sudut.

Ok for instance.

Kita ni dah kahwin. Lepas tu jumpa la kawan yang belum kahwin.
Tiba-tiba tanya orang tu.
"Eh bila kau nak kawin? "
Dua minggu lepas tu terjumpa lagi. Tanya lagi dalam ayat yang berbeza tapi maksud yang sama.
"Weh si Mat tu baru je lepas kenduri. Kau bila lagi nak makan nasik minyak ni?"

Perlu ke beb?
 
 Lepas tu kau jumpa orang dah kawin tapi tak ada anak lagi kau pun sibuk la bertanya seolah-olah kau betul-betul concern.
"Maaf nak tanya sikit ni, jangan terasa hati ya. Dah berisi ke?" (Mintak maaf dulu tu. Murni niat dia)
"Eh macam dah lama kan berdua, bila nak bertiga?"
"Memang plan taknak anak lagi ke?"

Kelakar kan korang ni?

Oh lepas tu bila orang tu dah ada anak pulak, tiba la masa untuk tanya soalan berbentuk comparison ya.

"Anak aku dulu 6 bulan dah boleh membaca. Anak kau 9 bulan tak boleh berlari lagi ke?"
"Eh anak aku kan kulit dia tak boleh pakai diaper murah. Anak kau ok ke pakai jenama ni?"
"Anak aku dia memang behave sangat. Anak kau memang suka menangis ya?" 

Oh soalan apa kah ini. Soalan tu buat orang tu rasa macam dia fail sangat jadi seorang mak.

Soalan utama kat sini, pernah tak kita fikir dulu sebelum bertanya? 

Ini bukan soal kita belajar sampai ada degree ke tak. Ini soal berfikir dulu sebelum susun ayat soalan tu. Sebelum bertanya tu sila lah fikir dalam-dalam. 
Tak pasal-pasal soalan kita boleh buat orang sedih. tak pasal-pasal soalan kita buat orang rendah diri.


Mungkin lebih kita kurang dia. Mungkin juga kurang kita lebih dia.

~Piu~



 







2 comments:

  1. Memang lagu tu mentaliti orang kita.... Tak habis2 nak cari kelemahan orang lain... kadang2, tahan telinga aje lah...
    Anak2 saya masa kecil, selalu sgt orang tegur, "Kenapa hidung kembang ni?". Tak tahu la nak jawab mcm mana... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la tu. kadang-kadang sampai kita jadi tak tau nak jawab macam mana sebab takut pulak silap-silap dia yang terkecil hati. Tak apa la. kita jawab soalan orang-orang macam ni dengan senyuman aja la nampaknya, mudah-mudahan dia berhenti bertanya. : )

      Delete