Friday, November 14, 2014

Tips Tidurkan Bayi

Kawan saya pernah tanya macam mana saya train anak saya tidur awal?

Dia amalkan tips saya dan dia bagitahu saya seminggu lepas tu yang baby dia tidak berjaga lagi tengah malam.

Ok.
Saya rasa tips ni tak susah sangat. Rasanya mungkin ada ibubapa lain juga gunakan tips yang sama.

#Langkah pertama.
Pastikan kita bagitahu baby kita kalau gelap kena tidur. Itu yang saya praktikkan.
Bila malam dalam pukul 8 macam tu saya gelapkan bilik. Saya tutup semua langsir. Saya baringkan dia dan tepuk lembut badan dia. Saya cakap di telinga dia sekarang dah malam so baby kena tidur. 

#Langkah kedua
Make sure kita dah tukarkan diaper dia. Pastikan baby rasa selesa. Untuk baby umur 2 bulan ke bawah saya suka bedungkan dia. Supaya dia tidur tak terkejut. Dia tidur lagi lena bila kena bedung dengan kain ni. atau muslin wrap. atau sekarang ni ada swaddle wrap kan. Lagi satu saya selalu pastikan dia kenyang sebelum tidur. bagi baby susu sebelum tidur. Anak saya dulu kerap bangun menyusu dalam 2 jam sekali. Tapi bila dia terjaga, dapat susu dia akan sambung tidur semula dengan senang.

#Langkah ketiga
Kita boleh dodoikan baby dengan bacaan Quran, zikir, atau pun lagu2 yang tenang sambil usap-usap dahi dan kepala dia. Lagi satu, pastikan ibu juga baring di sebelah baby. Saya selalu baring just to show to baby yang ibu pun tidur sebab hari dah malam. Tapi kadang-kadang ibu selalu terlajak tidur sama. Hehe

#Langkah keempat
Bila pukul 7 pagi, bukak langsir. Pastikan ada cahaya matahari masuk ke dalam rumah dan bilik.
Ini untuk train baby supaya dia tahu beza siang dan malam. 

In Sha Allah, bila kita dah set kan rutin tidur untuk baby, sampai dia besar bila cukup time dia akan tidur sendiri. Anak saya yang umur 3 tahun kalau nak tengok TV malam-malam, tepat pukul 9 saya akan suruh dia tidur. Kadang-kadang dia menangis tak nak tidur tapi saya akan ajak dia tidur jugak. Dan Alhamdulillah walaupun berat hati dia akan tidur jugak.

So buat ibu-ibu dan ayah-ayah di luar sana, if possible jangan lah biar anak berjaga sampai lewat malam. Kadang-kadang kesian kat mereka sebab tahan mata nak tengok tv.
Selamat cuba!




Thursday, November 6, 2014

Pencinta Al-Quran

Ya Allah,

Berikan lah aku kekuatan dalam membesarkan anakku menjadi seorang pencinta Al-Quran.
Aku sungguh kagum melihat ibu-ibu lain yang mampu mengajar anak mereka menghafaz Quran.
Sungguh aku cemburu. Sungguh aku berharap.

Kau lapangkan dada anakku agar dia mudah menghafaz Quran. Lembutkan lah lidahnya agar mudah menghafaz Quran. Terangilah hatinya agar mudah menghafaz Quran.

Aaminnnnn.


Lihatlah video anak yang masih kecil tapi sudah mampu menghafaz Quran di usia baru 2 tahun.. Sungguh anak kecil ini sangat comel.
Buat anak yang bersih hatinya, ibu doakan moga kamu dan ibumu sentiasa di bawah rahmat Allah dan sentiasa dipermudahkan urusanmu.


Pembuli B.U.L.I Dibuli

Sibuk sana sini orang bercerita pasal kes buli.
Dalam facebook. dalam office. dalam kereta. dalam tv. dalam paper.

tiba-tiba hati aku rasa pilu. rasa sakit. rasa marah. rasa kecewa. rasa bercampur-campur.

tak tahu la nak salahkan siapa dalam hal buli membuli ni.
orang kata salahkan warden. salahkan mak ayah. salahkan filem gangster. salahkan sekolah.

bila kes tu terjadi di sekolah anak yatim, salah kah mak ayah yang dah meninggal dunia?
bila kes tu terjadi kat mrsm. salah kah warden yang tak dapat nak memantau selama 24 jam?

saya juga menjadi yatim piatu di usia 15 tahun. saya ada adik seramai 4 orang di mana yang bongsu baru darjah 2 ketika itu. saya menjadi lebih matang dalam hidup dan selalu berfikir sebelum bertindak. Alhamdulillah adik-adik membesar dengan sempurna. 

Tak ada mak ayah yang nak anak mereka jadi pembuli. jadi gangster. jadi orang yang tak berguna.

Buat mereka yang masih ada mak ayah, fikirlah sebelum bertindak. 
Buat mereka yang telah tiada mak ayah, sebelum bertindak bayangkan lah wajah mereka yang telah pergi.

Mari lah kita berdoa agar zuriat kita membesar menurut syariat Islam. Mudah-mudahan Allah mempermudahkan niat kita.

-ibu owhsome-


Saturday, August 23, 2014

Tabah lah ibu dalam mem "Potty Train"

Haro! Haro!

Anakanda saya akan berusia 3 tahun pada November ini.

Ibu mertua dah beberapa kali tanya
"dah ajar dia pergi toilet sendiri tak? Membazir je bagi pakai diaper"

Saya hanya angguk-anguk. Tapi memang ya, saya pernah train dia sehari saja.
Habis carpet ku gulung dan biar lantai rumah bogel tanpa carpet.

Setiap 20 minit saya akan ajak dia pergi toilet dan buat bunyi shhhoooo shhhoooooo....
Dengan harapan dapat membantu memberi dia semangat untuk kencing.
Saya berjaya sebanyak 2 kali.
Sambil bertepuk riang dan memuji betapa bergayanya dia dapat kencing sendiri di toilet.
Dia tersengih-sengih tengok ibunya yang terlompat-lompat macam cheerleader.

Tapi ada juga yang gagal. Dan berhelai-helai kain la saya gunakan untuk mengelap lantai. Walaupun begitu, saya katakan kepada dia, " Anakku gagal hari ini tak beerti gagal selamanya."


image:memecrunch

Dan dia terus terusan membuang di ruang tamu rumah pada hari itu dan setiap kali aku terbongkok-bongkok membersihkan lantai, setiap kali itu juga la dia menghampiriku dan memberi satu pandangan "Ibu, gagal hari ini bukan lah beerti gagal selamanya." Seolah-olah mengerti kekecewaan aku atau lebih tepat kemalasan untuk meneruskan sesi latihan ini.


Hari itu, saya tidak tahu siapa yang gagal sebenarnya. Dia atau saya.

Sudah habis ku tanya kepada rakanku bagaimana mereka mengajar anak mereka.
Ada yang biar sahaja anak mereka on-diaper sampai masa anak mereka betul-betul bersedia untuk ke toilet secara berdikari.

Ada yang suggest beli bekas cute-cute dengan harapan anak akan rasa seronok duduk di atasnya. Sudah ku beli tapi harapan tinggal harapan.

Image: catholicparent.net

Ada yang suruh beli pelapik atas toilet bowl. Yang ini katanya dapat memberi rasa natural kepada anak. Yang ini belum try. Akan ku cuba.

Image:pottytrainingchild


Bagaimana untuk train anak bila ibu bekerja? Takkan nak train waktu malam kan. So sekarang ni sedang cuba cari tips-tips dari ibu-ibu yang pernah melalui fasa begini.
Harapnya akan berjaya sebelum dia mencecah 3 tahun.
Buat ibu lain yang sedang mencuba juga, semoga berjaya.


Sekian,
yang penuh mengharap 

Friday, August 22, 2014

Didenda USD100 kerana cakap terima kasih?

                                                                                                                                                         
Wanita A terjatuh kunci kereta.
Wanita B ternampak kunci kereta yang terjatuh.

Lantas, wanita B bingkas bangun dan cuba mengejar wanita A. Walaupun wanita B berpeha tebal, itu tak menghalang dia dari terus berlari dan berlari mengejar wanita A yang berjalan pantas kerana berpeha nipis.

Setelah wanita B berjaya memintas wanita A, sambil tercungap-cungap tapi sempat tersenyum, teus menunjukkan kunci kereta tersebut kepada wanita A.

Reaksi wanita A?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Terus ambil kunci dan berlalu pergi dan terus hilang di celah-celah manusia yang bergerak pantas sebelum wanita B sempat berkata apa-apa.
Tiada senyuman. Tiada ucapan terima kasih. cuma bertentangan mata tak lebih dari 5 saat.



Reaksi wanita B?
.
.
.
Oh apakah ini? terkasima. Sejak bila nak cakap terima kasih kena bayar usd100? Ke dia ingat orang nak curi kereta dia. Ke dia bisu? Ke dia anak raja? 

Besarkah erti terima kasih?


Selamat hujung minggu 

Wanita B = Aku

Thursday, August 21, 2014

Soalan-soalan yang femes

Haro haro!

Dalam dunia ni bukan kita sorang ja yang beruntung. Tak ada siapa pun rugi
Orang lain pun beruntung juga tapi keuntungan tu mungkin la dari banyak sudut.

Ok for instance.

Kita ni dah kahwin. Lepas tu jumpa la kawan yang belum kahwin.
Tiba-tiba tanya orang tu.
"Eh bila kau nak kawin? "
Dua minggu lepas tu terjumpa lagi. Tanya lagi dalam ayat yang berbeza tapi maksud yang sama.
"Weh si Mat tu baru je lepas kenduri. Kau bila lagi nak makan nasik minyak ni?"

Perlu ke beb?
 
 Lepas tu kau jumpa orang dah kawin tapi tak ada anak lagi kau pun sibuk la bertanya seolah-olah kau betul-betul concern.
"Maaf nak tanya sikit ni, jangan terasa hati ya. Dah berisi ke?" (Mintak maaf dulu tu. Murni niat dia)
"Eh macam dah lama kan berdua, bila nak bertiga?"
"Memang plan taknak anak lagi ke?"

Kelakar kan korang ni?

Oh lepas tu bila orang tu dah ada anak pulak, tiba la masa untuk tanya soalan berbentuk comparison ya.

"Anak aku dulu 6 bulan dah boleh membaca. Anak kau 9 bulan tak boleh berlari lagi ke?"
"Eh anak aku kan kulit dia tak boleh pakai diaper murah. Anak kau ok ke pakai jenama ni?"
"Anak aku dia memang behave sangat. Anak kau memang suka menangis ya?" 

Oh soalan apa kah ini. Soalan tu buat orang tu rasa macam dia fail sangat jadi seorang mak.

Soalan utama kat sini, pernah tak kita fikir dulu sebelum bertanya? 

Ini bukan soal kita belajar sampai ada degree ke tak. Ini soal berfikir dulu sebelum susun ayat soalan tu. Sebelum bertanya tu sila lah fikir dalam-dalam. 
Tak pasal-pasal soalan kita boleh buat orang sedih. tak pasal-pasal soalan kita buat orang rendah diri.


Mungkin lebih kita kurang dia. Mungkin juga kurang kita lebih dia.

~Piu~



 







Motor dan syukur

Haro!!!!

Bila tengok kereta idaman muncul kat tepi aku, terus jer soalan menerpa kat otak aku bila la aku boleh dapat kereta idaman aku ni. 

Berangan tu kan percuma. So teruskan lah berangan walaupun tak sampai ke bulan.  Nak sedapkan hati saja. Tapi Selasa lepas....

Tengah aku on the way pergi Shah Alam, aku ternampak satu family naik motor. Ada ayah, ibu dan anak besar umur lebih kurang 6 tahun yang duduk dalam bakul kat depan. Ok 3 orang naik satu motor. Tiba-tiba....nampak macam ada satu kaki halus terjuntai-juntai antara ibu dan ayah yang naik motor tu. HAH ada baby ker kat tengah-tengah tu. Gambar bukti takde sebab aku tak nak la diorang perasan aku amik gambar. 

Perasaan masa tu? tak tak..bukan marah...bukan kecewa..

SEDIH
yer sedihnya tengok mereka anak beranak atas satu motor. Tak tau arah tujuan mereka..Langit dah mendung. dah ada air satu dua titik kat cermin kereta aku ni. So mereka kena cari tempat berhenti la kan kalau tak kesian anak-anak atas motor tu kalau hujan tiba-tiba lebat.

Umpama disedarkan dari angan-angan yang tak berkesudahan, dalam kereta terus rasa bersyukur dengan apa yang aku ada. Sekurang-kurangnya, hujan tak terus kena kat aku. Hujan kena bumbung kereta aku jer walaupun kat dalam kereta ni boleh dengar betapa kuatnya air hujan yang mencurah-curah sebab orang kata atap keta aku guna tin susu jer. huhu. 

Terus berdoa moga-moga pasangan itu diberikan rezeki yang lebih baik supaya anak-anak dia tak perlu naik motor lagi. 

Tapi ayat orang...
"yerla rezeki masing-masing"
"dah tau anak kecik kenapa bawak naik motor"
"dah itu takdir mereka. ada motor je."

Lagi worst cakap "dah tau ada motor je tak payah la keluar bawak anak. Duk je umah"

Betul lah cakap orang, selalu lah tengok-tengok ke bawah supaya kita lebih bersyukur. 

Bersyukurkah kita?

credit to 4shared